Kelas Pemohonan Kerja Melalui Email Dengan Bantuan Chatgpt

14 April 2025 | Aktiviti Terkini

Hari ini 13 April 2025 di NADI Kg Braang Bayur, seramai 2 orang peserta lepasan SPM telah mengikuti Kelas ICT: Pemohonan Kerja Menggunakan Gmail & AI ChatGPT.

Mereka diberi pendedahan tentang:
✅ Cara menulis surat permohonan kerja yang efektif menggunakan AI ChatGPT
✅ Langkah-langkah menghantar permohonan kerja secara rasmi melalui Google Email (Gmail)
✅ Tips & etika menghantar emel profesional kepada majikan

Peserta berjaya menghasilkan surat masing-masing dan menghantar emel permohonan sebenar kepada fasilitator sebagai latihan. Semangat peserta hari ini sangat membanggakan!

Teknologi AI + kemahiran digital = persediaan terbaik untuk alam pekerjaan.
Tahniah kepada semua peserta!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali